HTC Butterfly S (RM2,399), Cantik ibarat Rama-rama

[x]

HTC Butterfly S (RM2,399), Cantik ibarat Rama-rama

on Monday 30 September 2013




Syarikat komunikasi HTC Sdn. Bhd. Malaysia baru saja mengumumkan kemunculan model terkini mereka iaitu HTC Butterfly S peranti bergaya dan dikuasakan ciri-ciri terbaru untuk pasaran Malaysia.

Pada awalnya kemunculannya diumumkan akan berada di pasaran Malaysia bermula pertengahan Ogos lalu.

Telefon yang menarik dengan skrin bersaiz 5 inci ini dikuasakan oleh pemproses empat teras berkelajuan 1.9GHz. RAM 2GB dan ciri-ciri menarik HTC BlinkFeed™, HTC Zoe™ dan HTC BoomSound™ yang telah diperkenalkan buat pertama kali pada HTC One.

Telefon ini juga dilengkapkan dengan HTC Sense 5 dan sistem operasi Android Jelly Bean, dengan bateri dengan kapasiti 3,200mAh, sekali gus menjanjikan keupayaan dan ketahanan yang lebih lama.

Pengurus HTC Asia Selatan, Jack Yang berkata, pihaknya telah mengambil inisiatif untuk menambah baik prestasi telefon pintar HTC Butterfly ini dengan menggabungkan piawaian baru yang ditetapkan oleh HTC sendiri.

Jelasnya lagi, telefon pintar HTC Butterfly S ini telah mengalih persepsi orang ramai dengan HD penuh yang pertama di dunia dengan skrin 5 inci yang membawa kepada pengalaman menonton yang lengkap.

Selain itu, HTC Butterfly S dikuasakan oleh kapasiti bateri yang tinggi. pengguna kini boleh mengambil gambar, menonton video dan mendengar muzik tanpa perlu bimbang tentang kehabisan bateri.

Pengguna boleh dapatkan HTC S ini dalam beberapa pilihan warna iaitu fervour merah, putih dan glamour metallic grey di semua pengedar HTC yang diberi kuasa.

Harga rasmi bagi HTC Butterfly S adalah RM2,399 dan hanya boleh didapati di pengedar-pengedar rasmi HTC yang sah. Maklumat lanjut mengenai telefon ini sila ke laman sesawang www.htc.com.
sumber : Utusan
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved