Bapa Gila, Pukul, Libas Guna Gergaji Dan Hempas Anak Ke Lantai

[x]

Bapa Gila, Pukul, Libas Guna Gergaji Dan Hempas Anak Ke Lantai

on Friday 28 June 2013





Seorang bapa yang rimas mendengar tangisan anak berusia tujuh tahun, seorang lelaki sanggup memukul dan melibas gergaji di badan anaknya itu supaya mangsa akan berhenti menangis di kediaman mereka di Batu 2 1/2 Cheras.


Tidak cukup dengan perbuatan gila itu, si bapa yang berusia 43 tahun itu terus gagal mengawal kemarahannya bertindak lebih kejam apabila mencampak kanak-kanak lelaki terbabit ke lantai.

Isterinya yang terkejut dengan tindakan mangsa itu berlari mendapatkan anaknya yang meraung kesakitan sebaliknya suspek tidak mempedulikannya dan terus beredar.

Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Pudu, Selasa lalu untuk tindakan selanjutnya sebelum membawa anaknya itu ke klinik untuk menerima rawatan.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 1 tengah hari suspek yang sedang mandi terdengar tangisan anaknya di ruang tamu.

“Pada mulanya suspek mengarahkan isterinya menghentikan tangisan anak lelaki mereka namun selepas beberapa minit mangsa masih menangis, suspek yang selesai mandi terus keluar dan memarahi anaknya.

“Malah, dia bagaikan dirasuk setan bertindak memukul anaknya beberapa kali namun tindakannya itu menyebabkan mangsa yang kesakitan meraung kesakitan,” katanya.

Menurut sumber, lebih teruk, suspek kemudian mengambil gergaji dan terus melibas ke badan mangsa beberapa kali menyebabkan mangsa menggelupur kesakitan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved