Bergaya hebat Dengan Koleksi Musim Luruh Dockers 2013

[x]

Bergaya hebat Dengan Koleksi Musim Luruh Dockers 2013

on Saturday 29 June 2013



Buat jejaka yang mementingkan penampilan dan suka berfesyen, dapatkan koleksi pakaian terbaru daripada jenama antarabangsa, Dockers. Untuk musim luruh 2013 ini, Dockers membawakan Alpha Collection dan SF Collection yang sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja.



Sama anda anda penggemar khakis, denim mahupun seluar berpotongan skinny, Dockers menyediakan kesemua pilihan ini. Hanya tinggal untuk dipilih dan disuai padankan dengan kemeja T, kemeja, jaket ataupun baju panas kasual. Alpha Collection adalah cara terkini dalam berpakaian setiap hari. Percayalah! pasti banyak mata yang tertumpu kepada anda nanti.







Bagaimana pula dengan SF Collection? Hrm... apa yang boleh katakan ialah, ia mencerminkan rekaan bergaya dan sofistikated. Sangat ideal untuk jejaka berkarier yang ingin tampil bersahaja. Paling penting setiap rekaan Dockers menjanjikan keselesaan kepada si pemakai.





Jadi apa tunggu lagi? Segera dapatkan Koleksi Musim Luruh Dockers 2013. Mungkin sudah sampai masanya anda mengantikan pakaian-pakaian lama yang berlambak di dalam almari! Ingat anda kini berada di tahun 2013, bukan tahun 2003.


sumber :http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved