Dato’ M.Nasir Kembali Takluk Istana Budaya Menerusi Sang Pencinta

[x]

Dato’ M.Nasir Kembali Takluk Istana Budaya Menerusi Sang Pencinta

on Friday 28 June 2013



2013 menyaksikan setelah 4 tahun, penyanyi yang juga komposer terkenal, Dato’ M.Nasir menggegarkan pentas Istana Budaya buat kali keduanya selama tiga hari berturut turut bermula 27, 28, dan 29 Jun ini.

Konsert M.Nasir Sang Pencinta ini bertemakan semi muzikal. Gabungan karya Dato’ M.Nasir dan sentuhan kreatif Bombay nyata menghidupkan suasana teruja dan asyik sambil membawa penonton mengembara bersama secara transformasi muzik ke visual yang penuh artistik dan fantasi.

Dalam konsert ini, Dato’ M.Nasir mendendangkan 22 lagu popularnya termasuk segmen ‘unplugged’ bagi koleksi lagu ciptaannya untuk artis lain selama 2 jam.

Menariknya mengenai Konsert Sang Pencinta ini diserlahkan dengan gabungan pemuzik handalan tanah air serta iringan String dari OSK (Orkestra Simfoni Kebangsaan) dan cantuman hebat dari gamelan OTM (Orkestra Tradisional Malaysia) membawa satu pembaharuan yang lebih baik buat karya muzik M. Nasir untuk para peminat setianya.

sumber : http://rentakartis.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved