Zubir BH Bergaduh Dengan Shah Jaszle?

[x]

Zubir BH Bergaduh Dengan Shah Jaszle?

on Saturday 29 June 2013

Kisah panas Shahz Jaszle dan seorang gadis yang bernama Farah sememangnya sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Terbaru menerusi Astro Gempak, mereka telah menerima berita mengenai seorang wartawan yang cukup dikenali, Zubir Mohd Yunus telah bergaduh (bertikam lidah) dengan Shah Jaszle.

Menurut sumber mereka lagi, penulis di ruangan Bi-Pop, Berita Harian itu telah mengadakan pertemuan dengan pelakon Shah Jaszle petang semalam untuk sesi temuramah namun keadaan menjadi tegang apabila Zubir dikatakan telah memarahi Shahz Jaszle.

Bagaimanapun, pihak Astro Gempak yang tidak mahu mendengar cerita dari sebelah pihak terus mendapatkan maklumbalas daripada Zubir sendiri mengenai perkara tersebut.

Melalui laman sosial Intagram dan Facebook miliknya, Zubir telah memuat naik gambarnya bersama Shahz Jaszle yang tertulis ‘Masam2 manis sepetang bersama @shahzjaszle’.

Dalam pada itu, Zubir juga sempat berpesan, “Jangan dengar dan percaya pada spekulasi..”

sumber : http://kezoom.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved