Akhiri Zaman Bujang Oktober Depan

[x]

Akhiri Zaman Bujang Oktober Depan

on Friday 28 June 2013


Anak muda kelahiran Bumi Kenyalang Sarawak, Amir Jahari bakal mengakhiri zaman bujang pada bulan Oktober ini dengan tunangnya yang hanya ingin dikenali dengan nama Cik Amni. Ikatan tunang yang sudah mencapai usia 3 tahun ini telah mendapat saranan dari kedua belah ibu bapa yang mahu mereka untuk terus melangkah ke gerbang perkahwinan.

“Perkahwinan kami akan diadakan secara tertutup di Sarawak dan hanya dihadiri oleh sahabat, saudara serta keluarga terdekat sahaja. Saya sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga walaupun baru berusia 21 tahun. Sara berasa begitu bertuah kerana mempunyai tunang yang berfikiran terbuka dan matang memandangkan usianya yang 5 tahun lebih tua dari saya,” kata Amir ketika ditemui di sidang media majlis Seindah Ramadan anjuran TV3 di Restoran Al-Rawsha, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketika ditemui, anggota kumpulan Go Gerilla ini mengakui akan kembali sibuk mempromosikan album terbarunya selepas berkahwin. Selain sibuk mempromosikan single terbarunya berjudul Gelisah, Amir juga turut memberitahu baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersempena Ramadan untuk siaran TV3 berjudul, OMG (Ohsem Music Group). Drama tersebut merupakan percubaan pertamanya sebagai seorang pelakon yang mana dia tidak pernah terfikir akan terlibat dalam dunia lakonan.

“Saya menjayakan watak seorang anak muda yang mempunyai sebuah kumpulan muzik. Saya menerima tawaran untuk berlakon drama tersebut kerana watak yang ditawarkan kepada saya berkait rapat dengan muzik. Saya seronok berlakon kerana banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalani penggambaran drama ini,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Amir turut memberitahu sedang dalam usaha untuk mencuba nasib dengan salah sebuah syarikat rakaman di London. Ini kerana muzik yang dipopularkan oleh Amir sesuai dengan muzik mereka di sana, namun semuanya masih berada dalam perancangan.

sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved