Aaron terpinggir?

[x]

Aaron terpinggir?

on Friday 28 June 2013



Tahun lalu, wajah Aaron Aziz mendominasi hampir semua saluran Astro. Pendek kata, saban hari ada saja rancangan membabitkannya disiarkan di saluran berbayar itu.

Bagaimanapun, ketika Astro mengumumkan program terbitan mereka yang bakal menemui penonton sempena Ramadan, kelmarin, agak mengejutkan apabila tiada satu pun produk dijayakan Aaron kelihatan. Secara tidak langsung, ia menimbulkan spekulasi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011 itu seperti dipinggirkan stesen terbabit.

Bertemu aktor sasa ini di ibu kota pada sesi temu bual untuk mempromosikan program berkonsepkan biografi, yang bakal disiarkan saluran hiburan E!, wakil media berpeluang mendapatkan kepastian berhubung perkara itu.

Tegas Aaron, ketiadaannya dalam program Ramadan Astro bukan kerana dipinggirkan, tetapi ia disebabkan kesibukan sehingga menyukarkan dirinya memberi komitmen dalam apa juga rancangan sempena bulan mulia itu.

Memang saya sibuk dengan jadual kerja, penggambaran pula tak henti-henti. Jadi mana ada masa untuk saya terbabit dalam mana-mana program Ramadan? Bagaimanapun, untuk Hari Raya nanti, program saya bersama Zizan Razak, Raya Sampai Pengsan, akan ditayangkan. Ia adalah sambungan kepada program sama, tahun lalu, katanya.

sumber : http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved