Demi Peminat, Paksa Diri Menyanyi

[x]

Demi Peminat, Paksa Diri Menyanyi

on Saturday 29 June 2013



Sebelum ini dia hanya dikenali sebagai pelakon. Berilah apa saja watak padanya, pasti interpretasi dengan cukup jayanya. Dan drama seperti Boys Over Flowers, City Hunter, Personal Taste dan Faith antara drama yang melonjakkan nama pemuda tinggi lampai ini sekaligus meletakkan dia dalam senarai pelakon Korea kegilaan dan dambaan ramai.

Pun begitu dia ada juga dia menyanyi, tapi cuma sekali-sekala. Itupun untuk lagu tema (OST) beberapa drama yang dilakonkannya. Namun demi memenuhi impian peminat-peminatnya, Lee Min Ho rela mencabar dirinya menjadi penyanyi.

Bertemu beliau pada sidang media petang semalam, jejaka berusia 26 tahun ini berkata, dunia nyanyian adalah satu dimensi baru baginya. Semenjak menceburi dunia seni suara itu, dia mula faham bertapa susah sebenarnya bergelar seorang penyanyi.

“Nyanyian merupakan satu dimensi baru bagi saya. Baru saya tahu bertapa susahnya menyanyi berbanding berlakon. Paling susah bagi saya adalah bila menyanyikan lagu rancak. Sebelum ni untuk OST, lagu yang saya nyanyikan kebanyakannya berentak balada. Tapi untuk peminat -peminat, saya sedia sahut cabaran ini.
                                                         

“Saya langsung tidak pernah terfikir untuk menjadi penyanyi. Nyanyian adalah satu lagi cabang karier saya, tapi walau apapun fokus saya adalah tetap pada lakonan.

“Esok (hari ini), saya akan bertemu peminat-peminat saya. Saya akan menghiburkan mereka dengan lagu-lagu saya dan mungkin saya akan menari. Saya akan cuba”, tuturnya sambil tersenyum.

Min Ho berkunjung ke Malaysia sempena jelajah showcasenya, Lee Min Ho Global Tour in Malaysia 2013yang akan berlangsung di Kenangan Whole City (KWC), Kuala Lumpur, Sabtu (malam ini), jam 7 malam. Ini merupakan persembahan kali pertamanya di sini. Namun menurut Min Ho, ini kali kedua kunjungannya ke Kuala Lumpur selepas kedatangannya pada tahun 2009.

Selain itu Min Ho baru saja melancarkan album istimewa berjudul My Everything sempena meraikan ulangtahun yang ke-7 nya dalam industri hiburan. Album tersebut bagi memenuhi permintaan peminat dan berkonsepkan ‘komunikasi dengan peminat’. Mengandungi 7 buah lagu, termasuk My Everything, Without You, Love Motion, My Little Princess dan You & I.

Perkembangan lain, Min Ho baru saja selesai menjalani penggambaran drama terbarunya, The Heirs. Drama romantik terbitan SBS itu menggandingkannya dengn aktres jelita, Park Shin Hye.

sumber : http://skynightz.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved