Will Smith Terlalu Mahal Untuk Independence Day 2!

[x]

Will Smith Terlalu Mahal Untuk Independence Day 2!

on Friday 28 June 2013



Pengarah Roland Emmerich memberitahu bahawa aktor Will Smith tidak akan menjadi sebahagian daripada barisan pelakon yang bakal membintangi sekuel filem Independece Day.

Bukan kerana sebab apa-apa, namun Roland Emmerich menyatakan alasan yang utama adalah disebabkan Will Smith adalah aktor yang terlalu mahal sekarang ini.

"Will Smith tidak akan kembali dalam sekuel filem Independece Day kerana bayarannya terlalu mahal dan namanya juga sangat besar. Jadi, anda mungkin akan lihat bahawa akan ada separuh daripada pelakon dalam filem sekuel ini yang pernah anda lihat dalam film pertamanya dan separuh lagi adalah dari kalangan pelakon-pelakon baru," katanya.

Dalam Independece Day yang dihasilkan pada tahun 1996, Will Smith telah bergabung dengan Jeff Goldblum dan Bill Pullman untuk membintangi filem tersebut.

sumber ; http://www.murai.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved