Saya Bukan Ditahan Tapi Sukarela Bantu Polis - Pengarah Drama

[x]

Saya Bukan Ditahan Tapi Sukarela Bantu Polis - Pengarah Drama

on Saturday 29 June 2013



Pengarah drama, Rahim Awang menafikan dia telah ditahan polis sepertimana yang didakwa pelakon tambahan, Ffarrah Ismail dalam sidang media bersama Persatuan Karyawan.

Sebaliknya dia akui dia sendiri yang telah datang ke balai polis secara sukarela untuk memberikan keterangan lanjut mengenai laporan isu cabul yang melibatkan dirinya dengan pelakon berkenaan.

Rahim Awang yang juga Timbalan Presiden, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) berkata, dia tidak menghiraukan apa jua dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap kerana proses siasatan masih lagi dijalankan.

"Sebenarnya saya bukanlah ditahan polis, tetapi sukarela tampil memberikan keterangan lanjut kepada pihak berkuasa mengenai laporan yang dibuat oleh pelakon tersebut. Saya pun faham pihak polis hanya menjalankan tugasnya. Saya sendiri menunggu proeses siasatan yang dibuat oleh pihak polis ini sehingga selesai.

"Tiada apa yang perlu dijelaskan lagi, apa-apa pun kita tunggu keputusan daripada siasatan pihak polis nanti,"katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ffarrah yang telah mengadakan sebuah sidang media bersama persatuan KARYAWAN semalam berkata, dia berasa lega selepas mendapat tahu pengarah tersebut telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan.

Malah, terdahulu sebuah akhbar pada Khamis melaporkan seorang pengarah drama telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes cabul selepas mendapat laporan daripada pelakon baharu.

Dalam laporan berkenaan, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang berkata, pengarah tersebut ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah itu bagi membantu siasatan berhubung laporan berkenaan. Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Mengulas lanjut mengenai campur tangan pihak persatuan KARYAWAN yang ingin membantu pelakon berkenaan, Rahim memberitahu dia tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai perkara itu.

"Mengenai campur tangan KARYAWAN itu, saya tidak mahu beri apa-apa komen kerana saya tahu semua orang ada persatuan untuk mereka rujuk dan minta bantuan. Saya tidak mahu komen kerana saya tidak mahu bergaduh dengan mana-mana persatuan. Dia mahu persatuan mahu masuk campur, itu urusan dia," jelasnya ringkas.

Pada 17 Jun dan 23 Jun lalu, Ffarrah telah membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara dan Tampin, Negeri Sembilan dengan mendakwa seorang pengarah drama berusia 60-an yang memegang jawatan dalam sebuah persatuan seni telah mencabulnya ketika di lokasi penggambaran.

Sumber : http://www.murai.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved