Britney Spear Rindu Michael Jackson

[x]

Britney Spear Rindu Michael Jackson

on Saturday 29 June 2013


LOS ANGELES - Penyanyi Britney Spear mengakui dia masih merindui Michael Jackson.

Penyanyi Till the World Ends itu memberi penghargaan kepada Raja Pop itu sempena ulang tahun keempat kematiannya dengan menyanyikan lagu penyanyi tersebut.

Spear menulis dalam Twitter miliknya baru-baru ini menyatakan: ''Fikiran saya bersama keluarga Jackson hari ini, dan saya akan bersamanya. Rindu kamu Michael!"

Dia turut memuatkan gambarnya bersama Raja Pop itu ketika menjayakan konsert The Way You Make Me Feel for Michael's pada 2001.

Selepas menerima berita kematian Michael pada 2009 kerana pengambilan dadah berlebihan, Spear mengakui dia sangat kecewa dan sedih kehilangan Michael.

"Michael telah menjadi inspirasi sepanjang hidup dan saya sangat sedih kerana dia telah meninggal dunia,'' ujarnya.


sumber : http://www.utusan.com.my/



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved