Dituduh Sebagai Anak Emas

[x]

Dituduh Sebagai Anak Emas

on Friday 28 June 2013



Tidak kurang yang menuduhnya sebagai anak emas Metrowealth Pictures atau MIG apabila hubungan cintanya bersama pelakon yang juga bekas artis syarikat berkenaan, Kamal Adli, tidak pun dihalang oleh majikan. Sedangkan, bakat lain yang menandatangani kontrak bersama syarikat penerbitan filem serta drama dan pengurusan artis terbabit tidak dibenarkan bercinta.

Namun, Intan Ladyana yang masih mempunyai dua tahun lagi baki kontrak bersama MIG menafikan tanggapan itu. Sebaliknya wanita cantik yang dinaungi syarikat berkenaan selama lima tahun ini menegaskan, dirinya dan Kamal diberikan pengecualian, apatah lagi hubungan mereka tidak mendatangkan masalah kepada MIG Talent.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo berkata, syarikatnya menetapkan syarat tidak membenarkan mana-mana individu yang bernaung di bawah pengurusan syarikatnya bercinta kerana ia dikhuatiri boleh merosakkan kerjaya seni artis itu sendiri, terutama yang baru menceburi bidang seni.

Ketika saya menyertai MIG dulu, iaitu sebelum Kamal pula berbuat demikian, memang pihak MIG tahu kami bercinta. Bos (David) sendiri mengatakan kes kami ialah kes istimewa, jadi kami dapat pengecualian.

Mungkin pengecualian itu diberikan sebab mereka tahu hubungan kami serius. Jadi, ia bukanlah disebabkan saya anak emas syarikat terbabit. Bos pun ada pertimbangkan, kalau kami nampak seperti main-main, mungkin dia tidak akan beri pengecualian itu. Malah, saya sendiri pun faham, dia tidak benarkan artisnya bercinta sebab ingin menjaga nama baik individu itu sendiri.

Saya juga tidak pernah mempunyai masalah bersama MIG. Jika ada sekali pun, ia cuma masalah kecil dan boleh diselesaikan dengan cara baik, katanya yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Intan berkata demikian ketika ditemui sewaktu menghadiri majlis sidang media Seindah Ramadan TV3 di ibu negara baru-baru ini.

sumber : http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved