Misha Omar Dilantik Menjadi Duta Sulung Colourland Paints

[x]

Misha Omar Dilantik Menjadi Duta Sulung Colourland Paints

on Friday 28 June 2013



Bertempat di The Bee, Publika Kuala Lumpur, penyanyi dan pelakon terkemuka tanah air, Misha Omar telah diumumkan sebagai duta sulung bagi produk Colourland Paints. Perjanjian yang termetrai selama setahun antara pihak Colourland Paints dan Misha Omar ini terjadi apabila pihak Colourland Paints sangat percaya dengan bakat dan populariti yang ada pada Misha yang begitu sesuai dengan Colourland Paints.

Pengarah Colourland Paints Sdn Bhd, Loh Boob Leong menjelaskan yang Misha dipilih dek kerana kriteria yang dicari oleh Colourland Paints ada pada diri Misha.

“Dia satu-satunya Misha Omar. Dia penyanyi popular tempatan, kami juga produk tempatan buatan Malaysia. Jadi dengan bakat dan pengaruh populariti yang dia ada, kami yakin yang Misha mempunyai semua kualiti dan kriteria yang kami cari dalam usaha untuk memperluaskan lagi jenama kami di kalangan pengguna di Malaysia,” ujar Loh.

“Sudah lama kami mencari duta bagi produk kami dan Misha adalah individu yang paling sesuai. Kami positif kolaborasi ini akan mendatangkan hasil yang membanggakan. Kunci kejayaan kami adalah intergriti dan kami yakin sifat itu juga begitu dekat dengan Misha yang memperlihatkan intergriti dalam setiap hasil karya yang dia cuba sampaikan,” ulas Loh lagi.

Ketika ditemui pada majlis pengumuman tersebut, Misha Omar menjelaskan yang dia menerima tawaran ini kerana perjalanan kariernya dan Colourland Paints hampir serupa.

“Perjalanan karier saya dan produk Colourland Paints hampir serupa. Jika dahulu pada tahun 2000, saya baru sahaja bermula untuk menapak sebagai seorang anak seni dan mengambil sedikit masa untuk menaikkan nama saya, begitu juga Colourland Paints yang wujud sekitar tahun 1999 dan mengambil sedikit masa untuk dikenali oleh rakyat sebagai salah sebuah produk tempatan yang berkualiti,” tutur pelantun lagu ‘Halaman Cinta’ ini.

“Lagipun produk ini boleh ‘relate’ dengan diri saya sendiri. Produk ini juga merupakan produk tempatan yang amat bagus dan berkualiti. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menerima tawaran sebagai duta produk Colourland Paints ini,” ujar Misha lagi mengakhiri perbualan.

sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved