Lega,.. Pengintip Ditahan

[x]

Lega,.. Pengintip Ditahan

on Saturday 29 June 2013


MIRANDA KERR
LOS ANGELES - Bekas model Victoria's Secret, Miranda Kerr kini boleh menarik nafas lega kerana lelaki yang sering mengintipnya sudah ditahan polis, di sini baru-baru ini.

Penahanan itu dibuat selepas lelaki terbabit, Steven C. Swanson yang menetap di Massachusetts memberitahu polis bahawa dia ingin pergi ke rumah Kerr pada bulan depan untuk membunuh model tersebut.

Menurut polis, Swanson yang menghidap penyakit kecelaruan identiti dan skizofrenia terlalu taksub terhadap Kerr dan hasil siasatan polis menemukan beberapa keping gambar model itu di dalam peti sejuk di rumahnya.

Polis menetapkan ikat jamin yang dikenakan terhadap Swanson adalah sebanyak AS$8,000 (RM24,800).

Model berusia 30 tahun itu sebelum ini diselubungi ketakutan apabila mengetahui dirinya menjadi sasaran pengintip.

Sehubungan itu, Kerr sering berhubung dengan polis bagi memastikan diri dan keluarganya selamat.

Isteri kepada aktor Orlando Bloom itu menjadi perhatian media ekoran personalitinya yang anggun dan menawan, selain kontroversi bersama Victoria's Secret.

sumber : http://www.utusan.com.my/



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved