Fasha Sandha Sahkan Hamil Anak Kedua

[x]

Fasha Sandha Sahkan Hamil Anak Kedua

on Friday 18 April 2014

Fasha Sandha memang cantik manis orangnya. Ramai betul peminat beliau dari seluruh pelusuk Malaysia. Walaupun sudah berkahwin, boleh dikatakan peminatnya langsung tidak berkurang atau ‘saham’ jatuh malah lebih ramai yang meminati beliau dan makin sayangkan Fasha.

Mana tidaknya, dulu terkenal dengan imej seksi dan penuh kontroversi, tapi selepas berkahwin, beliau tahu untuk beradab seperti seorang isteri dan bakal ibu.
 
Baru saja lepas bersalin, seri Fasha makin naik dan kini disahkan beliau telah hamil anak kedua. Sebelum ini, ianya khabar yang tidak pasti namun ada pihak media yang telah berjaya mendapatkan reaksi terbaru Fasha Sandha mengenai kehamilannya yang hanya berselang kira-kira setahun dengan anak pertamanya, Putra Rayqal.

“Saya terima rezeki yang Allah berikan ini walaupun ada yang mengatakan jarak anak kedua ini terlalu dekat, kata mereka tak puas Rayfal bermanja dengan saya. Tetapi pada saya ini semua rezeki.”
Tahniah, Fasha. Harap-harap kali ini dapat anak perempuan pula kan. Bolehlah berehat sekejap dan aktif berlakon dulu. Semoga segala-galanya berjalan lancar dengan kehamilan kali ini.
sumber: http://isubestartis.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved