'Selfie' James Franco Di Bilik Tidur Paling Dapat Perhatian

[x]

'Selfie' James Franco Di Bilik Tidur Paling Dapat Perhatian

on Friday 18 April 2014


PELAKON kacak James Franco mengakui dia menggunakan gambar 'selfie' yang dimuat naik ke dalam akaun Instagram miliknya bagi menarik lebih ramai pengikut di laman sosial itu.

Menerusi akaun jamesfrancotv, pelakon filem This Is The End itu sudah memiliki dua juta pengikut dan angka itu terus meningkat setiap kali dia memuat naik 'selfie' terbaharunya.

"Saya akan mengikut 5,000 akaun Instagram peminat sekiranya jumlah pengikut saya mencapai lima juta," katanya seperti dilaporkan E Online

James memuat naik 'selfie' ketika dia sedang membaca buku.
Gambar-gambar James mendapat perhatian apabila dia kerap memuat naik aksi selfie yang lucu dan mempamerkan tubuh badannya kepada peminat.

Malah 'selfie' James ketika berada di bilik tidur paling mendapat perhatian setiap kali dia memuat naik ke laman sosial itu.

Dalam pada itu, James berkata, 'selfie' membuatkan hidupnya gembira dan pada sama dapat berkongsi momen dalam hidupnya.
sumber:http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved