Hanez Suraya: Saman MAS Bukannya Tindakan Melulu

[x]

Hanez Suraya: Saman MAS Bukannya Tindakan Melulu

on Tuesday 27 May 2014


Teraju utama pementasan teater Projek Kahwin, Hanez Suraya telah membuat kenyataan yangdia mahu menyaman pihak MAS berhubung penyebaran tiket percutiannya bersama kekasihnya, Romie ke luar negara baru baru ini.

Bertemunya di Istana Budaya pada petang semalam, Hanez telah memohon maaf kepada semua pihak media yang hadir bahawa dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan berhubung dengan kes saman itu kerana telah dinasihatkan oleh peguamnya.

“Saya minta maaf kerana saya tidak boleh memberikan sebarang komen mengenai kes mahkamah yang sedang berjalan ini kerana dikhuatiri boleh bercanggah dengan kenyataan-kenyataan tersebut. Setakat ini saya serahkan semuanya pada peguam terlebih dahulu,” ujarnya.

Menurut Hanez Suraya, perkara ini berkaitan dengan hak privasi dirinya lebih lebih selepas dihimpit kontroversi negatif sebelum ini dan tindakan menyaman MAS ini diambil selepas mendapat nasihat dari peguam, bukannya suka suka & melulu.

“Bukan apa perkara ini telah melibatkan hak privasi saya yang telah diceroboh — apabila isu ini timbul sudah tentulah orang sekali lagi akan berfikiran negatif dan tanpa sebarang bukti dan selidik orang akan terus mencaci dan berkata bukan-bukan terhadap saya”

“Sepatutnya orang ramai perlu membaca keseluruhan cerita yang telah ditulis oleh wartawan tentang isu tersebut, bukan setakat membaca tajuk dan terus membuat kesimpulan sendiri tanpa mengetahui hujung pangkalnya,” katanya ramah.

Tambahnya lagi, buat masa sekarang bukti sudah dikumpul tetapi dia masih lagi terikat dengan peguamnya untuk tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.
sumber: http://www.rotikaya.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved