Kami Tidak Pernah Bertunang – Uqasha Senrose

[x]

Kami Tidak Pernah Bertunang – Uqasha Senrose

on Wednesday 28 May 2014

Ah sudah. Makin pelik dan makin diselubungi misteri. Pening dengan status hubungan Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose. Semalam Pekin kata mereka masih bertunang, tup-tup hari ini si Uqasha tampil memaklumkan yang mereka tak pernah bertunang selama ini. Ajaib kan? Tak tahu mana satu yang betul. Takkanlah dah bertunang ke belum tak tahu kan?

Menurut Uqasha, dia dan Pekin selama ini tidak pernah bertunang dan sudah bosan dengan sikap Pekin yang menjaja kisah cinta mereka. Kata Uqasha Senrose menerusi Harian Metro:-

Saya bukan tunang dia dan kami tidak pernah bertunang. Saya betul-betul tak tahu apa agenda dia terus bercakap mengenai hubungan kami kepada media. Sebenarnya memang kami dah tak ada apa-apa.

Sudah empat atau lima bulan kami sudah tidak berkomunikasi langsung. Kami dah pernah berbincang benda ini, jadi tak perlulah dia terus canang lagi.

Biar saya bawa haluan hidup baru dan fokus pada kerjaya. Kami tak pernah betunang pun sebenarnya. Majlis dulu itu adalah merisik. Kami cakap bertunang untuk tidak panjang-panjangkan cerita.

Tapi sejak macam-macam masalah timbul saya tak banyak cakap bila ditanya media. Dia saja yang bercakap banyak.



Fuh~~ Nampak gayanya macam Pekin Ibrahim je yang bersungguh-sungguh nak mempertahankan cinta mereka. Apa kata “move on” je sebab Uqasha pun dah tak sudi. Inilah namanya tak ada jodoh. Ramai lagi awek dan pakwe di luar sana yang sesuai untuk Pekin dan Uqasha. Tak gitu?
sumber: http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved