Hafiz Suip Enggan Babit Kekasih Dalam Kerjaya, Tidak Kisah Peminat Lari

[x]

Hafiz Suip Enggan Babit Kekasih Dalam Kerjaya, Tidak Kisah Peminat Lari

on Monday 26 May 2014


Baru-baru ini, penyanyi yang popular dengan lagu Awan Nano Hafiz Suip telah memuat naik gambarnya dan kekasih di laman sosial Instagram dan membuatkan peminat peminatnya ingin mengetahui siapakah wanita bertuah itu.

Bertemunya di Sidang Akhbar Showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe, pada minggu lalu telah merungkaikan segala-galanya mengenai gambar tersebut.

“Itu ialah pendirian saya. Sebenarnya saya tidak mahu melibatkan dirinya dalam bidang saya ini. Ianya sangat berbeza antara dunia saya dan dia. Lagipun dia seorang pelajar dan saya tidak mahu mengganggu emosinya. Saya memuat naik gambar bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi itu adalah pendirian saya. Bukan apa ramai peminat bertanyakan siapa kekasih Hafiz yang sebenarnya,” jelasnya kepada media.

Hafiz juga turut mengakui bahawa kemungkinan akan ada peminat-peminatnya yang lari dan tidak akan meminatinya lagi. Tetapi itu semua terpulang pada mereka kerana dia juga berhak untuk memilih pasangan hidupnya.

“Mungkin ada yang akan lari tetapi peminat semua boleh berfikir dan itu adalah pendirian masing-masing. Kita tidak boleh menjaga hati semua orang dan siapakah pula yang akan menjaga hati saya,” ujarnya sambil berseloroh.

Kekasihnya yang mahu dikenali dengan panggilan Fy juga dikatakan mempunyai pertalian keluarga dengannya tetapi pertalian itu diibaratkan sebagai bau-bau bacang sahaja. Menceritakan detik-detik perkenalan dengan kekasihnya itu, jelasnya ibunya telah mengenali kekasihnya, Fy terlebih dahulu sebelum Hafiz mengenalinya.

“Sebelum itu saya telah memperkenalkannya kepada emak saya & tidak sangka emak lebih dulu kenalnya kerana dia mengatakan bahawa Fy itu mempunyai pertalian keluarga tetapi pertalian keluarga yang jauh,” katanya tersenyum.

Hafiz juga memberitahu bahawa dia memilih Fy kerana dia seorang yang memahami dan senang untuk dibawa berbincang dalam apa hal sekali pun.

“Alhamdulillah dia jenis seorang yang memahami, tetapi kalau boleh saya tidak mahu dia terlibat dalam ‘line’ saya ini. Apa-apa pun kita hanya merancang Tuhan yang akan tentukan”

Peminat-peminat Hafiz, Hazama dan Akim jangan lupa untuk bersama-sama datang ke Showcase mereka yang akan diadakan di Hard Rock Melaka pada 22 Jun ini dan di Hard Rock Kuala Lumpur selepas hari raya Aidilfitri nanti. 
sumber: http://www.rotikaya.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved