Ada Lelaki Yang Sanggup Tunggu 3~5 Tahun - Maya Karin

[x]

Ada Lelaki Yang Sanggup Tunggu 3~5 Tahun - Maya Karin

on Wednesday 28 May 2014

“Ya, ada lelaki yang sanggup tunggu saya sehingga tiga hingga lima tahun,” menurut Maya Karin memetik hlive!

Maya Karin kali ini mendedahkan ada lelaki yang sanggup menunggu dirinya bertahun-tahun lamanya untuk dia menerima cinta daripada sang jejaka tersebut.

Selain itu, pelakon kacukan Melayu-Jerman ini juga mengakui enggan mendedahkan identiti teman lelakinya malah menyifatkan dirinya seorang perahsia berkaitan hal-hal peribadi.

“Saya memang macam ini, tidak mahu berkongsi hal peribadi saya melainkan benda itu adalah penting.

“Malah kawan-kawan saya pun kadang-kadang tidak tahu siapa saya tengah berpacaran kerana saya senyap sahaja. Apatah lagi berkongsi secara umum di media sosial,” katanya lagi.

Maya, 35, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka Inggeris, Muhammad Ali atau Steven David Shorthose pada 2008 di Itali sebelum disahkan bercerai pada 2010.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved