Komando Mengamuk di Lahad Datu, 1 Maut 3 Parah

[x]

Komando Mengamuk di Lahad Datu, 1 Maut 3 Parah

on Wednesday 28 May 2014

Seorang anggota tentera maut manakala tiga parah di Lahad Datu setelah seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengamuk dengan melepaskan beberapa das tembakan di bandar tersebut, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, tiga yang parah adalah seorang anggota komando ATM dan dua orang awam.

Dua orang awam yang cedera di kaki dan bahu adalah pekerja pusat hiburan. Semua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, ketika kejadian tiga anggota tentera ini dipercayai bertengkar lalu cuba dileraikan oleh dua individu berkenaan.

Bagaimanapun, seorang daripada anggota tentera berkenaan tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dipercayai menggunakan senjata jenis M-16.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan semua mangsa masih menerima rawatan di hospital.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved