Zara Zya: Artis Tak Perlukan Kontroversi

[x]

Zara Zya: Artis Tak Perlukan Kontroversi

on Monday 26 May 2014


Heroin drama bersiri popular, I Love You Mr Arrogant Zara Zya telah memberitahu sekiranya mahu berjaya dan popular dalam bidang seni, seseorang artis itu tidak perlulah untuk dikaitkan atau terlibat dengan mana-mana kontroversi yang boleh menjejaskan kerjaya mereka dan ini terbukti sepanjang penglibatan seninya Zara Zya telah mendapat tempat di kalangan peminat tanah air dengan kehadirannya dalam beberapa siri drama yang dilakonkannya sebelum ini.

Kejayaan yang dirangkul sebelum ini seperti di Anugerah MeleTOP dan yang terbaru menerusi gelaran Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya membuktikan kata kata pelakon ini.

“Artis tak perlu ada kontroversi sekiranya mahu dikenali kerana bagi saya dia perlu berusaha untuk membuktikan bahawa hasil kerjanya itu layak untuk diterima peminat dan ikhlas dalam segala kerja yang diberikan padanya,” katanya ditemui selepas selesai acara ABPBH 2013.

“Sekarang ini peminat peminat sudah pandai menilai dan memberikan komen mereka terhadap lakonan kita dan sekiranya berkualiti mereka akan memuji dan sebaliknya. Lagipun kontroversi yang tidak baik tidak sihat untuk kerjaya kita malah boleh menjejaskan imej dan keluarga. Lebih baik fokus kerja dan memberikan nilai yang elok buat peminat, “ujarnya ramah.

Zara Zya turut memberitahu bahawa menjadi diri sendiri lebih baik daripada berpura-pura dan lebih selesa apabila berada di tempat umum.

“Saya lebih selesa menjadi diri sendiri oleh kerana saya jenis yang simple suka pakai selipar dan juga kurang bersosial. Disebabkan itulah saya tidak mempunyai cerita,” katanya.

Sementara itu, Zara Zya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang menyokongnya dan berasa bersyukur sekali kerana telah berjaya Anugerah Artis Baru Wanita Popular dan merancang untuk mengadakan jamuan bersama-sama kelak peminatnya.

“Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana berjaya merangkul gelaran Artis Baru Wanita Popular dan bersyukur sekali kerana peminat banyak menyokong dan mengundi saya untuk anugerah kali ini dan selepas saya akan mengadakan sedikit jamuan meraikan kejayaan ini bersama-sama dengan kelab peminat saya,” tambahnya lagi.

Dia juga selepas ini berazam untuk terus memperbaiki lakonannya dan akan mempelbagaikan watak yang berlainan dan tidak akan terikat dengan watak-watak yang dibawakannya sebelum ini agar membolehkan dia dikenali sebagai pelakon yang versatil.
sumber: http://www.rotikaya.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved