Shahir Akui Sedang Berkawan Dengan Erra Fazira

[x]

Shahir Akui Sedang Berkawan Dengan Erra Fazira

on Monday 26 May 2014

Terkejut beruk juga apabila  membaca desas-desus hubungan antara Shahir AF dan Erra Fazira yang dikeluarkan di BiPop semalam. Kalau tak silap, dulu Shahir pernah dikatakan mempunyai hubungan dengan Rozita Che Wan. Mungkin “taste” Shahir lebih kepada wanita berumur. Tak salah kerana setiap orang mempunyai citarasa mereka yang tersendiri. Yang penting keserasian. Tak gitu?
Khabar angin yang bertiup kencang menyatakan Shahir dan Erra Fazira kerap berhubung melalui telefon selain ada peminat pernah terserempak pasangan ini diluar bersama sama. Ditemui oleh portal Murai, Shahir mengakui sedang mengenali Erra Fazira. Kata Shahir:-
Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut. 

Sementara itu Erra Fazira pula enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus ini dan mengambil langkah berdiam diri. Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya. Kadangkala bukan betul pun khabar angin sebegini. Cuma mungkin ada pihak yang mahu meng”kenen”kan Shahir dan Erra. Siapa tahu menjadi pulak. Apa pendapat anda? Sesuai ke Erra dan Shahir?
sumber:http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved