Foto-foto Atlet Basikal Negara Cedera Dirempuh Kereta

[x]

Foto-foto Atlet Basikal Negara Cedera Dirempuh Kereta

on Wednesday 28 May 2014


Atlet berbasikal negara, Kimberly Yap, cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan ketika menjalani latihan berbasikal di Penchala Link, pagi tadi.

Timbalan Presiden Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad, ketika mengesahkan perkara itu berkata, Yap dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Naim berkata, laporan imbasan CT menunjukkan tiada kecederaan teruk pada bahagian organ dalaman.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, Yap yang merupakan pemenang pingat emas triathlon Sukan Sea 2005 telah dirempuh dari belakang oleh Toyota Harrier ketika sedang berbasikal.
 
sumber: http://iniibelogsaya.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved