Kisah Benar...Pemilik Briyani Yang Banyak Memberi Tetapi Tak Miskin

[x]

Kisah Benar...Pemilik Briyani Yang Banyak Memberi Tetapi Tak Miskin

on Wednesday 28 May 2014


Semalam saya pulang dari Melaka ke KL semula. 2 hari berada di sana untuk memberi sebuah kursus fotografi professional anjuran akademi yang saya asaskan. Selepas saya memuatnaik sebuah foto dari bilik hotel yang menampakkan pemandangan indah Melaka sehingga nampak ke Kota Melaka sekali, saya disapa oleh ramai di dalam facebook wall. Namun tak semua yang benar-benar serius. Saya anggap semua itu pelawaan selamat datang sahaja di wall saya.

Namun ada seorang individu ini beliau PM saya, dan mengajak saya dan keluarga makan di restoran tandoori yang terbaik pada beliau di negeri Melaka. Saya terpaksa menolaknya kerana ada urusan yang padat. Beliau memahami program saya dan kemudian bertindak untuk menghantar makanan ke hotel saya. Dalam hati saya, orang ini memang serius.

Beliau bersama anak dan isterinya berjumpa saya pada hari pertama dengan bungkusan tandoori. Pertemuan singkat kerana saya terpaksa hadir urusan yang telah dijadualkan. Alhamdulillah, esoknya beliau memberikan sekitar 14 bungkus nasi briyani dengan lauk kambing, ayam dan daging semuanya ditapaukan apabila saya nyatakan saya akan terus menziarahi warga emas yang berada di bawah jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin di Kampung Tanjung Rimau Dalam Melaka. Saya sudah tidak pandai menolaknya lagi. Keikhlasan mereka sekeluarga memang nampak sangat bersungguh-sungguh.

Rupanya baru tahu, beliau seorang pemilik sebuah restoran yang agak popular di Padang Temu Melaka. Beliau beritahu saya jangan bagitahu orang lain apa yang dia beri, tetapi saya fikir...perkara baik tak elok disembunyikan jika ia mampu memberi pelajaran dan tauladan kepada orang lain. Mungkin ada yang sudah kenal bila saya katakan restoran beliau memberikan nasi beriyani PERCUMA setiap hari dan pada hari Jumaat akan ada free flow Ais Bandung PERCUMA. Pelanggan yang nak makan beriyani sahaja tanpa lauk sahaja sudah sedap tetapi untuk lauk, pelanggan perlu membelinya. TERUS TERANG...nasi briyani dia memang TERBAIK SEHINGGA MENJILAT SIKU.

Katanya, restoran itu tidak untung banyak tetapi dia gembira kerana dapat menjalankan perniagaan yang membantu orang lain dan dalam masa yang sama, masih ada baki yang direzekikan kepada beliau sekeluarga. Saya seronok dengan apa yang dilakukanya dan satu kata-kata beliau yang saya ingati "Jika kita jadi orang baik insyaAllah akan ditemukan dengan Orang baik juga". Dalam konteks itu...saya terperasan sikit yang dia kata "saya baik" (ehemmm....taknak perasan sangat). Lebih baik kita rasa kita macam hantu dan akan perbaiki diri dari sudah rasa baik macam Malaikat dan tak mahu berubah lebih baik.

Rasanya, itu sahaja... Orang Melaka yang banyak duit saya nasihatkan jika pergi berkunjung ke Restoran Beriyani Haji Tamby Padang Temu, jika bill anda RM10...sila hulurkan lebih (ini saya pesan bukan dia) kerana kita kena ingat...lebih yang kita bayar itu membayarkan mereka yang tidak mampu makan di situ tetapi mendapat makanan. Tiada yang percuma dalam dunia ini, jika ada briyani percuma pastinya ada orang yang membayarkannya. Dari taukey restoran itu sorang-sorang buat kebajikan dan kebaikan apakata yang banyak duit bayar lebih sedikit untuk berkongsi kenikmatan beramal jariah. Bagi yang bajet cukup-cukup, silakan makan dan bayar dengan tepat dan bagi yang sebelum itu tidak mampu...pastikan apabila hidup anda telah berubah, datang kembali dan pulangkannya kepada orang lain pula.

Ada orang susah, orang musafir, gelandangan tak berumah, orang miskin dan termasuk pelajar-pelajar yang kehabisan dana di hujung-hujung semester menjadikan restoran beliau sebagai tempat berkunjung TAPI kalau ada duit nak makan free korang memang tak cool lah

Baiklah, saya menepati janji untuk tidak beritahu nama beliau tetapi saya dah nyatakan nama restoran beliau.

Kerana kebaikan itu berjangkit. Jangan membantu orang hari ini untuk orang itu balas kebaikan kita esok kerana Allah telah jadikan kebaikan yang kita berikan kepada seorang manusia akan dipulangkan melalui berbillion-billion manusia di dunia ini. Ramai kurang yakin, tetapi semasa saya dan rakankongsi mengishtiharkan diri fakir dengan mewakafkan semua keuntungan syarikat kepada kebajikan, ada yang tidak faham adakah saya akan menjadi papa kedana. Sebenarnya tidak sama sekali. Ini memang kerja oranggila...tak sangka di Melaka tempohari saya jumpa orang yang gila juga macam saya.

Memang nampak gila kerana sukar nak digambarkan kepada semua kerana rezeki Allah tidak datang dalam bentuk RM sentiasa.

Pertemuan itu singkat, tapi insyaAllah akan bertemu semula. Tak sempat juga saya nak berselfie dengan beliau...katanya, Allah lupakan kita berselfie hari itu untuk kita jumpa lagi pada masa hadapan. Saya dan dia telah akui...MEMBERI TIDAK SEKALI-KALI MEMBUATKAN KITA JADI MISKIN.
sumber: http://www.mazeermohamad.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved