Ibu Mangsa Sebat Perogol Di Kelantan

[x]

Ibu Mangsa Sebat Perogol Di Kelantan

on Thursday 29 May 2014


Seorang lelaki cedera parah dibelasah sekumpulan individu kerana dia dipercayai telah merogol seorang budak perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, sekumpulan individu yang dipercayai ahli keluarga kepada mangsa rogol membelasah lelaki berkenaan yang berusia 30-an itu di hadapan orang ramai.

Lelaki itu kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Mangsa yang berasal dari Jertih, Terengganu dipercayai datang ke rumah saudaranya di Bachok sebelum menjadi mangsa nafsu lelaki berkenaan.

Menurut mangsa, rakan kepada lelaki itu juga turut merogolnya.

Berang dengan berita malang itu, keluarga mangsa bertindak mencari suspek dan berjaya mengesan salah seorang dari mereka yang dikesan berniaga di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

Sebaik melihat mangsa, kumpulan individu terbabit terus menyerang dan melucutkan seluar mangsa sebelum memukulnya dipercayai dengan rotan sambil disaksikan orang awam.

Perlakuan itu turut dirakam pihak tertentu dan dimuat naik sebelum tersebar secara meluas di Internet sejak semalam.
sumber; http://www.mazeermohamad.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved