Yuna Kirim Bunga Buat Aizat

[x]

Yuna Kirim Bunga Buat Aizat

on Wednesday 28 May 2014


“A’ah itulah… dia bagi bunga (gelak). Eh, tapi entah-entah bukan betul dia yang bagi. Mereka ni yang saja jer agaknya,” itu respon Aizat Amdan memulakan perbualan sambil tersenyum malu apabila diusik dengan pertanyaan bagaimana persaannya bila menerima bunga daripada sahabat baiknya itu.

Aizat Amdan, 26, ditemui pada maljis pelancaran album ketiganya, Legasi bertempat ColiseumCafe, Kuala Lumpur, semalam. Sewaktu majlis tersebut, seorang gadis menghulurkan sejambak bunga kepada Aizat lalu memaklumkan yang jambangan tersebut adalah kiriman daripada penyanyi bertaraf antarabangsa itu.

“Peluang dapat kerja dengan dia untuk album kali ni memang satu pengalaman yang cukup bermakna pada saya. Bukan Yuna saja, malah dengan Noh Salleh, Zee Avi dan Lan (Azlam & theTypewriter). Memang dari awal lagi saya sudah fikirkan mereka berempat ini kerana mereka juga antara individu yang memberi inspirasi dalam pengasilan lagu-lagu saya.

“Walaupun bukan senang sebenarnya saya nak dapatkan mereka sebab masing-masing sibuk, tapi mereka bagi komitmen yang sangat baik untuk album saya ini. Saya rasa sangat bertuah dapat berkolaborasi dengan mereka,” sambung Aizat lagi apabila diajak memulakan cerita lebih lanjut mengenai albumnya.
sumber: http://www.rotikaya.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved