Fesyen Selebriti Mengandung Di Karpet Merah ABPBH2013

[x]

Fesyen Selebriti Mengandung Di Karpet Merah ABPBH2013

on Thursday 29 May 2014

Menariknya tentang laluan karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) kerana dapat dilihat beberapa fesyen menarik selebriti popular tanah air sesuai dengan tema ‘magis alam’ yang diketengahkan oleh anugerah berkenaan.

Paling menarik perhatian apabila terdapat tiga selebriti wanita popular yang hadir dengan gaya dan penampilan tersendiri meskipun sedang sarat berbadan dua. Didie Alias, Scha Al-Yahya dan Lisdawati tidak mahu ketinggalan memeriahkan majlis berprestij berkenaan walaupun secara logiknya mereka perlu berehat di rumah dan menonton rancangan itu di kaca TV sahaja dengan keadaan berbadan dua mereka itu. Lisdawati yang tampil dengan gaun kembang bewarna hijau, terlebih dahulu telah mendapatkan nasihat doctor untuk hadir ke majlis berkenaan meskipun usia kandungannya hanya tinggal seminggu saja lagi untuk dilahirkan.

Begitu pula dengan Didie Alias yang merupakan pengacara karpet merah ABPBH2013, nampaknya kelihatan agak temengah-mengah sebaik sahaja menyudahkan tugasnya pada malam berkenaan yang digandingkan bersama pengacara popular Awal Ashaari. Didie Alias yang ditemui portal murai.com.my pada malam berkenaan berkata, memang agak berbeza apabila perlu beraksi ketika berbadan dua apatah lagi hanya menunggu beberapa minggu saja lagi untuk melahirkan.
sumber: http://myrilek.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved