Pengacara Mula Berhijab Sebab Disuruh Kekasih?

[x]

Pengacara Mula Berhijab Sebab Disuruh Kekasih?

on Thursday 29 May 2014


Jika dilihatkan pada penampilan seorang pengacara popular ini, pasti ada yang perasan dengan perubahannya yang sedikit sebanyak mula bertatih mengenakan selendang dalam penampilan sehariannya.

Khabarnya, pengacara ini yang juga bergelar penyampai radio dikatakan mula berubah dari segi imej dan penampilannya disebabkan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pemain bola sepak.

Menurut sumber lagi, teman lelaki selebriti ini dikatakan mempunyai personaliti yang agak islamik atau dalam erti kata lain, seorang yang alim.

Kemungkinan besar, perubahan personaliti wanita itu ke arah muslimah sejati adalah disebabkan dorongan daripada kekasihnya yang mahu teman wanitanya menjalankan tuntutan wajib ke atas wanita Islam.

Kalau betullah selebriti popular ini sedang bercinta, diharapkan hubungannya kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Pasti dia pun mahu merasai kemanisan berumah tangga sementelah kebanyakan rakan baiknya pun sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata. 
sumber:– MYNEWSHUB.MY
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved