Fasha Sandha Bakal Lahirkan Anak Perempuan

[x]

Fasha Sandha Bakal Lahirkan Anak Perempuan

on Monday 26 May 2014

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan buat Fasha Sandha atas berita mengenai jantina anak kedua yang sedang dikandungnya sekarang. Berkongsi berita gembira itu di akaun Instagramnya, Fasha memaklumkan yang seorang “baby girl” bakal memeriahkan lagi keluarganya. Untuk makluman, Fasha baru-baru ini telah melakukan pemeriksaan kandungan dan daripada situ, dapat mengetahui jantina bakal anaknya.

Nampak gayanya lengkaplah sepasang anak lelaki dan anak perempuan untuk Fasha dan Jejai apabila lahirnya anak kedua ini kelak. Murah rezeki Fasha. Berita gembira ini dikongsi menerusi kata-kata di bawah:-
#kisahsemalam , dah siap for ABP tapi baby girl dalam perut buat perangai pulak. Pedih perut and tak selesa. Congrats to all the winners. Congrats @kakchambh and team #abpbh #abpbh2013. Tak lupa to my fav @aarondwiaziz @diyanahalik . U deserved it. Make up by my Fav @kasihcicie and dress by @ricorinaldi Yang paling penting sekali tq to my @welovefashasandha team. Love you


Sama-samalah kita doakan agar bayi dalam kandungan Fasha Sandha membesar dengan sihat dan tanpa sebarang komplikasi. Seronoklah Fasha membeli-belah baju untuk si comelnya kelak. Bolehlah mula menghias bilik dengan warna pink. Pasti comel sangat-sangat. Hehehe. Apa pun, tahniah Fasha dan Jejai atas berita gembira ini.
sumber:http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved