Caption Itu Disalah Faham – Fizo Omar Nafi Mawar Mengandung

[x]

Caption Itu Disalah Faham – Fizo Omar Nafi Mawar Mengandung

on Friday 30 May 2014


Pada hari Rabu yang lalu, Fizo Omar secara tak sengaja telah membuatkan ramai peminatnya menganggap dia dan pasangan bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.

Kalau ikut logik akal, memang ramai yang akan berfikiran sebegitu, lebih-lebih lagi selepas membaca kapsyen ditulis Fizo.


Dalam masa beberapa saat sahaja, penuh ruangan komen dibanjiri dengan rasa syukur oleh peminat. Lebih kelakar lagi bila rata-ratanya secara rambang mengatakan badan Mawar kelihatan lebih berisi kerana pembawakan budak.


Aduh adik dan kakak, simpan dulu kata-kata tahniah itu ya kerana Fizo sebenarnya tak berniat apa-apa semasa menulis kapsyen berkenaan. Ini sekaligus bermaksud Mawar masih belum mengandung buat masa ini.

Fizo yang dihubungi oleh OHBULAN! pada petang Khamis tidak menafikan perkongsiannya itu telah membuatkan ramai peminat salah anggap terhadap dia dan isteri.


Kapsyen itu disalah faham. Saya tak ada niat apa-apa. Maksud saya future mother itu bukanlah sekarang tapi pada masa hadapan bila rezeki itu tiba.

Kalau betul Mawar mengandung, saya akan buat declaration terang-terangan dan bukannya melalui hint. Apapun saya anggap segala komen daripada peminat itu sebagai doa.

Dalam pada itu, Fizo akui ingin memiliki cahaya mata secepat mungkin dan menyimpan harapan untuk dikurniakan empat orang anak.

Kepada para peminat Fizo dan Mawar, mohon bersabar dan doakan agar pasangan ini akan bergelar ibu dan ayah dalam masa terdekat.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved