
Pemilik nama Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen memaklumkan, perhubungannya dengan Qi Razali masih pada tahap mengenali hati budi, sekali gus menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Tuhan.
Biarlah saya katakan Qi ialah lelaki paling rapat dengan saya ketika ini. Lebih manis begitu kerana jodoh, ajal dan maut tetap ketentuan-Nya. Namun sebagai teman terdekat, saya lihat banyak aura positif yang dia bawakan dalam hidup saya.
“Sikap dan penerimaannya terhadap sesuatu perkara membuatkan saya juga menjadi lebih bersabar. Maklumlah, pada usia yang masih dalam kelompok darah muda, ada kala maklum balas atau sikap saya agak kurang sabar terutama berdepan provokasi.
“Dia berfikiran jauh dan cukup matang. Kalau tak berkawan lagi pun dengan dia selepas ini, sikap dia yang sangat ke hadapan serta positif adalah sesuatu yang baik untuk dikenang,” luahnya penuh bermakna.
sumber : http://www.bharian.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment