Perenang Cilik

[x]

Perenang Cilik

on Tuesday, 25 June 2013


Dua kembar mampu apung dalam air berenang pada usia 9 bulan

Mereka masih terlalu kecil untuk bertatih apatah lagi bercakap tapi dua kembar cilik, William dan Ellenita Trykush boleh berenang dalam kolam sepanjang 25 meter pada usia sembilan bulan.
Aksi mereka bukan lakonan tapi kedua-duanya turut dilihat meluncur ke dalam air, melakukan kuak kupu-kupu selain rancak menendang kaki untuk bersaing berenang bersama-sama.

Mereka kelihatan benar-benar menyukainya. Mereka berenang dan saya mengawasi dari dalam air, betul-betul di bawah mereka bagi memastikan mereka tidak apa-apa juga sebagai pengawal arah supaya mereka tidak hanyut jauh."Charlotte Trykush, ibu
Jika dilihat foto di dalam air, mereka kelihatan tersenyum sewaktu berenang.


William dan Ellenita dilahirkan tahun lalu kini berusia setahun tiga bulan adalah cahaya mata sulung pasangan Charlotte dan Victor yang memeterai ikatan sebagai pasangan suami isteri, pada September 2008.
Mereka mula menyedari bakal memperoleh cahaya mata kembar selepas melakukan imbasan ultrasound pada minggu ke-12 kehamilan.

Sewaktu menziarahi ibu mereka di Perancis, Charlotte dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan selepas kantung William pecah.
Dilahirkan pada 7 Februari tahun lalu melalui pembedahan kecemasan, iaitu Ellenita lahir dengan berat 2.24 kilogram (kg) dan William pula 2.07 kg.

William bagaimanapun tertelan banyak darah dan terpaksa disedut keluar daripada perutnya, malahan dia juga menghidap jaundis.
“Ia adalah kelahiran yang penuh trauma kerana William hampir mati. Mereka juga dimasukkan di dalam inkubator selama tiga minggu tapi saat doktor berkata OK, saya cukup lega.

“Kerana dilahirkan tidak cukup bulan dan kecil, saya teragak-agak untuk membawa mereka berenang. Saya risau mereka sejuk,” kata ibunya.


sumber : http://www.bharian.com.my/






Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved