
Baru-baru ini ketika pertemuan antara Shah dan Farah di Bangsar, satu sms diterima Shah Jaszle lalu beliau menunjukkan kepada semua yang ada yang dia tidak mencari wanita, sebaliknya wanita mencari dia sambil menunjukan nombor Neelofa, tetapi saksi yang berada di situ turut menerima sms yang sama dari Neelofa memberitahu bahawa dia menghantar sms itu kepada Shahz Jaszle untuk meminta wang RM5,000 yang dipinjam oleh Shahz Jaszle daripadanya.
Tambah Neelofa lagi, beliau menyifatkan isu Shah Jaszle atau nama sebenarnya Mohd. Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, berhutang dengannya itu sudah dua tahun berlalu dan dia sendiri berasa agak pelik apabila isu tersebut tiba-tiba dibangkitkan oleh Shahrizal sendiri.
"Saya ingin menegaskan bahawa tiada sebarang SMS yang dihantar kepada Shahrizal untuk menuntut hutang daripadanya, malah kami sudah lama tidak berhubung atau berjumpa antara satu sama lain.
"Lagipun, saya sudah lama melupakan tentang hutang itu dan saya telah menghalalkan berapa sahaja jumlah yang dia berhutang dengan saya," ujarnya.
sumber :http://kezoom.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment