Siapa boleh menolak jodoh ketentuan Tuhan. Pierre, 28, bertemu semula dengan Siti Nur Hidayah atau lebih mesra disapa Hidayah pada sambutan Aidilfitri tahun lalu.
Pertemuan semula itu telah menimbulkan bibit-bibit cinta, namun Pierre didatangi dengan perasaan was-was ketika mahu memperisterikan Hidayah kerana wanita itu seorang model. Ia ekoran Pierre sudah berhijrah dan mendalami ilmu agama sejak setahun lalu.
Pierre juga menerima cemuhan sesetengah orang yang mengatakan dirinya sudah berhijrah tetapi bercinta dengan model yang tidak bertudung.
"Ada orang mengata, saya sudah berhijrah tetapi kekasih tidak pakai tudung. Pada mulanya, ya, memang saya rasa 50 peratus was-was mahu memperisterikan dia tetapi selepas mengenalinya lebih dekat dia banyak ingatkan saya tentang solat, malah dia juga menjaga solatnya.
"Walaupun dia model tetapi dia tidak bergaul bebas dan tidak keluar malam. Kami saling membimbing dan disebabkan itu saya terbuka memperisterikannya," ujar Pierre yang akan terus membimbing isterinya selepas ini.
Ditanya sama ada dia bakal meneruskan pekerjaannya sebagai model memandangkan kini sudah menjadi isteri Pierre, ujar Hidayah, dia masih bekerja di bidang itu.
"Cuma saya akan meminta pandangan suami terlebih dahulu jika menerima mana-mana tawaran peragaan."
Disoal kepada Pierre pula, dia mengakui tanggungjawabnya semakin berat selepas menjadi suami.
"Isteri adalah anugerah Allah yang perlu dijaga oleh suami, bukan dikongkong atau diletak dalam peti kaca.
"Saya bersyukur dengan pemberian-Nya. Pemberian yang datang dengan tanggungjawab besar," ulasnya dengan penuh makna.
Pasangan tersebut masih belum mempunyai tarikh untuk mengadakan majlis resepsi.
Kemungkinan pihak perempuan akan mengadakan majlis resepsi selepas sambutan Aidilfitri manakala pihak Pierre pula pada bulan Disember nanti.
sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment