Adi Putra Tunai Ibadah Umrah

[x]

Adi Putra Tunai Ibadah Umrah

on Monday 29 July 2013


Pada 25 Julai lalu, aktor yang terkenal menerusi drama Teduhan Kasih, Adi Putra difahamkan telah terbang ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Sebelum dijadualkan terbang ke tanah suci, Adi Putra sempat memohon maaf kepada semua peminatnya menerusi laman Twitter dengan status berbunyi :
Salam, mohon kemaafan andai terkecil hati, marah, benci pada insan yang kerdil ini. I.Allah akan berlepas ke tanah suci malam ini.

Adi Putra sewaktu di Jabal Uhud

Meskipun baru beberapa hari berada di tanah suci, nampaknya Adi Putra telah mula rindu kepada keluarga tercinta dan perasaan tersebut telah dilahirkan menerusi laman sosialnya dengan status berbunyi :

Berihram to Mecca..miss aidaputra and my girl Zara Adelia.

Sepanjang menunaikan ibadah umrah, Adi Putra tidak keseorangan, ini kerana menerusi foto-foto yang dikongsikan, dia telah ditemani oleh tiga orang sahabat yang dikenali sebagai Dato Muzri, Taufik Nong serta Imam muda Hizbur.
sumber : http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved