Adira Mengaku Berkawan Dengan Presiden GBG1M

[x]

Adira Mengaku Berkawan Dengan Presiden GBG1M

on Tuesday 30 July 2013



Penyanyi Adira menafikan desas-desus yang mengatakan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin,27. Namun, tidak menolak dakwaan yang mengatakan mereka sedang berkawan rapat.

“Sebenarnya saya tidak ingin menipu. Memang pada ketika ini kami berkawan baik, namun belum ada sebarang perancangan yang dibuat dalam masa terdekat. Saya tidak menolak sekiranya ada jodoh dengan dia,” ujar Adira ketika ditemui di majlis berbuka puasa Suara Generasiku di Kompleks Sukan Mont Kiara, Kuala Lumpur, semalam.

Adira mengakui selesa berkawan dengan Shahrul kerana dia merupakan seorang yang peramah dan mempunyai ciri-ciri pemimpin dalam diri. Malah, sikap Shahrul yang sentiasa fokus dan berwawasan begitu disenangi oleh Adira.



Manakala bagi pihak Shahrul pula, dia menjelaskan mereka sedang dalam proses mengenali satu sama lain. Dia sama sekali tidak ralat dengan status selebriti yang dipegang oleh Adira.

“Boleh dikatakan buat masa ini Adira merupakan kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Dia juga rapat dengan ahli keluarga saya serta berkawan baik dengan adik saya. Tidak salah untuk kami berkawan kerana dia juga tidak mempunyai masalah sosial,” katanya.

Shahrul menyukai perangai Adira yang suka melawan kerana dia petah menyuarakan pendapatnya. Dimata Shahrul, Adira merupakan seorang yang mempunyai visi dan berdisiplin.

Pasangan ini menganggap mereka boleh berkawan rapat kerana masing-masing ada tarikan berlawanan.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved