Serik, Aliff Aziz Enggan Berkawan Atau Kerjasama Dengan Adira Lagi

[x]

Serik, Aliff Aziz Enggan Berkawan Atau Kerjasama Dengan Adira Lagi

on Wednesday 31 July 2013

Aliff Aziz mengakui dia tidak dapat menerima Adira sebagai kawan mahu pun bersikap profesional dengan penyanyi lagu Ombak Rindu itu dalam apa-apa projek yang melibatkan mereka pada masa akan datang setelah percintaan yang mereka jalinkan putus dipertengahan jalan.


"Bagi saya kami sudah putus dan saya tidak mahu dikaitkan apa-apa lagi dengannya. Saya pun sudah menjalani kehidupan saya tanpa kekasih seperti biasa. Lagipun, saya rasa saya tidak boleh bersikap profesional jika berhadapan atau bekerjasama dengannya kelak jika kami diperlukan bersama. Itulah yang saya rasa kini dan tak perlu saya mengulas lanjut mengapa.

"Biarlah tiada apa-apa hubungan walaupun sebagai kawan di antara kami. Cukuplah, apa yang telah kami lalui bersama sebelum ini," katanya kepadasebuah portal hiburan ketika dihubungi.

Aliff Aziz diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Adira kini selepas baru-baru ini penyanyi wanita itu dikatakan agak cepat bertemu cinta barunya bersama Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin.

Menurut Aliff Aziz, memberitahu dia tidak tahu mengenai hubungan Adira dengan cinta barunya sebelum ini, namun hanya mendoakan sahaja kebahagian bekas kekasihnya itu.

"Saya tidak kenal siapa dia (Shahrul Nasrun) dan sejak bila mereka berkenalan. Kalau benar dia sudah bertemu cinta baru, saya hanya doakan kebahagiaanya sahaja. Lagipun , kini kami tidak lagi berhubung antara satu sama lain dan saya pula sibuk dengan kerjaya seni saya terutama lakonan yang baru sahaja saya bina," jelasnya lagi.

Bakal muncul dalam telemovie, Raya Pak Pong di TV3 pada hari raya pertama ini, Aliff memberitahu tahun ini dia bakal bercuti raya lama di kampong halamannya di Singapura.

"Saya akan pulang ke Singapura lebih awal iaitu seminggu sebelum raya dan akan bercuti raya lama sehingga ada projek baru atau tawaran berlakon diterima," luahnya lagi.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved