Saya Ada Hak Untuk Bersuara – Aznil Nawawi

[x]

Saya Ada Hak Untuk Bersuara – Aznil Nawawi

on Tuesday 30 July 2013



Baru saja menutup tirai ujibakatnya pada 30 Jun lepas, Akademi Fantasia 10 (AF 10) bakal menemui para peminat tidak lama lagi.Pasti anda semua sudah tidak sabar untuk mengetahui siapakah peserta yang layak untuk bertanding diatas pentas popular yang telah melahirkan ramai bakat-bakat terpendam sebelum ini.

Namun, selepas kecoh pada tahun 2011 mengatakan Akademi Fantasia musim 9 (AF 9) adalah yang terakhir, berita tentang kemunculan AF 10 pula telah mengundang pelbagai reaksi dari para peminat.

Dikatakan bakal muncul dengan gaya dan format yang baru, AF 10 juga telah menukar logo dan memperbaharui lagu tema asal Akademi Fantasia

Kesempatan bertemu bekas hos Akademi Fantasia sebanyak 6 kali (musim 1-5 & 9), Datuk Aznil Nawawi yang mesra dipanggil Pak Nil mengaku, rasa cintanya terhadap Akademi Fantasia masih ada. Namun, beliau telah menafikan penglibatannya secara terus dalam rancangan musim baru Akademi Fantasia 10.

“Secara langsung terlibat tu tak ada, tetapi saya adalah pekerja Astro, dan sebagai naib presiden dekat Astro, saya ada hak untuk bersuara dan pastikan program Akademi Fantasia ada kelainan.”

“Ye lah sebab saya pun dah buat lama, rasa cinta pada AF tu ada, masih tebal. Cuma kita kena lihat bahawa AF ni adalah AF generasi baru, dan kita kena tengok kesesuaian dia dengan anak kepada penonton AF dulu, 10 tahun dulu. Kalau dulu mereka 17, sekarang mereka dah 27, so anak mereka pula yang akan menonton,”
tambah Pak Nil lagi.

Menurut pengacara popular ini, beliau akan tetap memantau perkembangan mengenai Akademi Fantasia agar ia berjalan lancar dan mampu memberikan kelainan kepada para penonton selepas ini.

“Kita kena tengok formula yang digunakan oleh AF ada evolusi la. Takdelah masih ditahap 10 tahun yang dulu, ketika saya baru galas tugas.

“Jadi, saya di Astro, apa yang boleh saya bagi idea, saya dah buat. Mereka kena fikir sesuatu yang lain, kalau tak boleh, saya akan pantau samada ia sesuai dengan formula AF.”

Merujuk pada perkembangan terbaru, filem animasi The Smurfs 2 (versi Bahasa Malaysia) telah menggunakan suara Pak Nil bagi watak jahat, Gargamel dan filem ini bakal ke pawagam pada 8 Ogos. Turut sama terlibat untuk alih suara The Smurfs 2 versi Bahasa Malaysia ialah Lisa Surihani, Zizan Razak dan juga Elfira Loy.
sumber : http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved