Nabil dilamar Era

[x]

Nabil dilamar Era

on Tuesday 30 July 2013


Ini ada satu gosip positif yang baru disampaikan Cerita ini membabitkan pelawak dan pengacara popular Ahmad Nabil yang khabarnya bakal berkhidmat secara rasmi sebagai penyampai stesen radio Era FM tidak lama lagi.
Pengacara tinggi lampai itu akan menjadi sebahagian daripada barisan penyampai dan konsep baru radio itu yang akan didedahkan selepas Hari Raya nanti. Cerita itu bukanlah sesuatu yang pelik atau memeranjatkan pun sebab Nabil sendiri memang berpengalaman sebagai penyampai di sebuah radio swasta lain sebelum ini.
Malah, Nabil mengaku akan mempertimbangkan tawaran bekerja di Era jika kena caranya.

Cuma, selepas hampir setahun berlalu, Dalam diam Nabil dilamar juga akhirnya. Tawaran yang diterima Nabil itu pasti memberangsangkan. Jika tidak tak mungkin dia bersetuju.

Dengarnya juga, kemasukan Nabil ke radio itu adalah untuk menggantikan tempat Datuk Aznil Nawawi. Sama ada betul atau tidak  belum pasti lagi, tapi tak kiralah apa pun keadaannya, kita doakan yang terbaik saja untuk Nabil.
Sudah tentu penyertaan Nabil nanti akan memberikan impak dan suasana baru pada radio Era. Yang pasti,  tak sabar hendak layan celoteh Nabil nanti.
sumber : http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Unknown said...

HOTFM LEBIH HANGAT DARIPADA ERAFM


30 July 2013 at 14:21

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved