Seniman Bantah Tayangan Filem The New Village

[x]

Seniman Bantah Tayangan Filem The New Village

on Monday 29 July 2013



Kecoh sebentar dunia hiburan apabila sebuah filem berjudul The New Village menjadi bahan perbualan oleh beberapa pihak yang mempersoalkan mengenai isi kandungan filem arahan Wong Kew-Lit ini.

Menerusi laman Facebook Persatuan Seniman Malaysia, filem yang bakal ditayangkan pada 23 Ogos ini telah menerima bantahan agar tidak ditayangkan kepada umum. Ini kerana filem berkenaan didakwa cuba merosakkan perpaduan kaum di Malaysia dan ianya juga dipercayai mengandungi ideologi komunis.

BANTAHAN : Kami Persatuan Seniman Malaysia membantah filem The New Village yang akan di tayangkan pada 23 Ogos 2013. Filem The New Village membawa ideologi komunis yang mana komunis ini membawa sejarah hitam pada negara kita.

Kami akan menghantar surat bantahan kepada FINAS dan Lembaga Penapisan Filem LPF terhadap Filem The New Village ini. Kami juga bekerjasama dengan GAFIM bagi membantah filem The New Village yang cuba merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.

engulas lebih lanjut mengenai bantahan ini, persatuan Seniman turut menggesa agar semua penggiat seni tempatan membantah tayangan filem tersebut dan mendesak agar pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), mengkaji semula kandungan filem berkenaan sebelum ia ditayangkan kepada umum.

Kami berharap seluruh industri seni turut membantah atas perkara sensitif di dalam filem ini yang digunakkan untuk mengubah fakta sejarah negara Malaysia dan menjadi alat provokasi.

Kami turut mendesak KDN melakukan sesuatu agar filem ini dapat dikaji semula bagi tayangannya memandangkan tayangan filem The New Village pada 23 Ogos menghampiri Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 2013.



Menurut laporan berlainan, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut meminta agar filem tersebut dipertontonkan dahulu kepada beliau sebelum ia diluluskan untuk tayangan umum.


Kalau kita belum tengok lagi dah haramkan, saya bimbang ia akan membantu untuk terus mempromosi filem atau apa-apapun kandungan yang lain, ini kerana jika ia tidak boleh ditayangkan di panggung wayang, tetapi banyak lagi kaedah lain seperti tayangan secara online.

Saya bersedia dikritik dan berilah peluang pihak saya untuk tengok dulu, dan Finas akan kaji perkara ini.
Berdasarkan sedutan trailer yang ditayangkan di YouTube sejak 5 Jun lalu, filem ini mengisahkan tentang percintaan antara dua darjat, dimana seorang askar komunis telah jatuh cinta dengan seorang gadis.


Kontroversi menerusi filem ini timbul apabila trailernya seolah-olah menunjukkan bahawa Tanah Melayu merupakan tanah milik asal penduduk bangsa cina dan dialog yang dipaparkan turut mengundang sensitiviti penduduk Melayu di negara ini.


Ini tanah air kita, kita mesti berjuang.

Penderitaan kita akan tamat hanya dengan menghalau mereka dari bumi kita.


sumber ; http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved