Saida Tarudin Pening Pilih Fesyen Tudung

[x]

Saida Tarudin Pening Pilih Fesyen Tudung

on Wednesday 31 July 2013


Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Saida Tarudin dilihat telah tampil dengan imej terbarunya apabila mengenakan hijab baru-baru ini. Jika anda mengikuti akaun Instagram Saida, pasti anda tahu kakak kepada Datuk siti Nurhaliza ini telah mengenakan tudung sejak 16 Ramadan lalu.

GUA telah menghubungi Saida untuk mendapatkan cerita lanjut mengenai perubahan imej Saida ini.



"Alhamdulillah, saya dah bertudung semenjak pertengahan Ramadan yang lalu. Sebenarnya, pintu hati saya sudah terbuka untuk melaksanakan perkara ini sebelum bulan puasa lagi. Sebelum bermulanya Ramadan. Syukur kerana niat saya terlaksana pada hari ke 16 umat Islam berpuasa," ujar Saida memulakan bicara.

Mengulas mengenai perasaannya semenjak mengenakan hijab, Saida menjelaskan yang dirinya rasa selesa sekali selepas berhijab.

"Saya rasa selepas mengenakan tudung, saya lebih selesa. Lagipun sekarang apabila kita bertudung, tiada sekatan untuk berfesyen. Jadi saya rasa tidak ada masalah dengan imej baru ini," ujar Saida lagi.

Mengenai persiapan Syawal selepas tampil dengan imej baru, Saida menyatakan yang dia pada mulanya agak pening untuk membeli tudung yang sesuai untuk dirinya.



"Macam-macam fesyen tudung yang ada di pasaran. Pada permulaannya, saya pening juga nak memilih dan membeli mana satu yang sesuai dengan saya. Tapi saya bernasib baik kerana ada Kak Rozi (kakak ipar Saida merangkap pengurus Siti Nurhaliza) yang membantu saya memilih mana yang sesuai. Lagipun Kak Rozi ada menjual tudung. Pilihan sangat banyak tapi saya pilih yang selesa untuk saya pakai," cerita Saida lagi.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved