Brad Pitt Beli Jet Peribadi Kerana Angelina Jolie

[x]

Brad Pitt Beli Jet Peribadi Kerana Angelina Jolie

on Tuesday 30 July 2013

Aktor Brad Pitt dilaporkan telah membeli sebuah jet peribadi untuk kekasihnya, Angelina Jolie bagi membolehkan mereka dapat berjumpa lebih kerap.
Pitt mahu memudahkan Jolie terbang dengan jet peribadi untuk memudahkan mereka berjumpa. 

Pitt kini berada di London untuk penggambaran filem terbaharunya Fury manakala Jolie di Hawaii untuk mengarahkan filem Unbroken.

“Brad mahu memberikan hadiah tersebut kerana mereka sering berjauhan ekoran sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dengan adanya jet tersebut mereka boleh bertemu dengan lebih kerap.

“Dia memberitahu Angelina boleh memilih sendiri jet apa yang dimahukannya dan dia akan membayarnya,”
kata sumber pasangan itu.

Pasangan itu mempunyai enam cahaya mata iaitu Maddox, 11, Pax, 8, Zahara, 7, Shiloh, 6, dan pasangan kembar yang kini berusia empat tahun, Knox dan Vivienne.
sumber: mStar Online


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved