Anzalna Nasir Cuti Panjang Untuk Sambut Raya

[x]

Anzalna Nasir Cuti Panjang Untuk Sambut Raya

on Monday 29 July 2013

Pelakon Anzalna Nasir memberitahu akan bercuti selama dua minggu daripada sebarang aktiviti seni bersempena dengan sambutan Aidilfitri pada Ogos nanti.

Anzalna, 24, berkata, dia mengambil cuti panjang itu kerana ingin menghabiskan masa bersama keluarganya kerana sebelum ini sibuk dengan kerjaya lakonannya.

“Tahun ini saya nak bercuti raya puas-puas kerana terlalu sibuk dengan kerja sebelum ini sehingga tiada masa bersama keluarga. Jadi kesempatan yang ada ini ingin saya gunakan berehat dan berkunjung ke rumah saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa.
“Malah semenjak awal Ramadan lalu saya sudah memperlahankan aktiviti seni dan akan bercuti sehingga 23 Ogos depan,”katanya kepada mStar Online.
Azalna berkata, dia dan keluarganya akan menyambut perayaan itu di Muar, Johor terlebih dahulu sebelum berangkat ke Pulau Pinang.
“Tidak sabar untuk balik ke kampung ayah di Johor dan ibu di Pulau Pinang kerana kemeriahan yang berbeza-beza di dua tempat itu dan saya memang sukakan suasana desa,”ujarnya.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, kedatangan bulan Ramadan ini juga dia mengambil peluang untuk lebih banyak melakukan kerja-kerja amal dan mengakui insaf apabila melihat penderitaan orang lain.


Katanya, selain menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dia juga turut bekerjasama dengan pihak Hospital Kuala Lumpur untuk meluangkan masa dengan 47 orang penghidap penyakit kanser.

“Saya banyak menghabiskan masa dan cuba menceriakan mereka kerana itu sahaja sumbangan yang mampu saya berikan agar mereka berasa sedikit terhibur di sebalik penderitaan yang dialami.
“Menerusi pengalaman itu juga saya banyak mengambil iktibar dan peringatan supaya dapat menjalani kehidupan lebih baik,”katanya.

Sementara itu, Anzalna berkata, dia akan kembali ke set penggambaran drama Lady Gagah selepas bercuti nanti selain beberapa projek lain dan duta produk.
sumber : http://joey39.net/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved