Sentuhan Saleha

[x]

Sentuhan Saleha

on Monday 29 July 2013

JALAN seni Siti Saleha Mohd. Baharom, 23, kelihatan bersahaja. Tidak terlampau mendadak dengan cerita-cerita panas mahupun lambakan drama atau filem yang datang secara tiba-tiba.

Dia membawanya secara santai, bak kata orang putih, ‘slow and steady’. Jujur dia bersuara agar senang difahami, dia tidak mahu jatuh dalam kategori artis kontroversi atau pembikin cerita panas sehingga dijadikan bahan cerca.

Foto Kosmo! Online
Membina tiang kerjaya yang kukuh dan mengelak hanya tampil dengan cerita sensasi, Siti Saleha yang mula berlakon melalui drama 5 Jingga ini mengaku dia berhati-hati mengatur langkah.

“Kita tidak tahu apa akan terjadi pada hari depan, jadi perlu jaga nama. Saya tidak mengelak pergi ke anugerah atau acara hiburan tetapi kalau boleh saya tidak mahu terlalu mempamerkan muka dalam semua acara. Bila nama sudah dikenali, tidak perlu rasanya untuk menjaja muka. Perlu jaga drama atau filem sebenarnya,”jujurnya yang bakal beraya di luar negara bersama keluarga dalam tahun ini.

Pembabitannya dalam filem perdananya, Kerat 14 tidak membawakan Siti Saleha yang merupakan adik Sam Bunkface ini ke tahap yang membanggakan. Malah, belum kuat filem pertama itu lekat dalam fikiran khalayak.

Muncul dengan filem KL Zombie yang akan mula ditayangkan pada 29 Ogos kelak, terdapat bunga-bunga harapan dalam penceritaan Siti Saleha.

“Saya membawakan watak Nora yang merupakan seorang wanita yang feminin, tegas tetapi lasak. Dia mempunyai kehidupan yang teruk sehingga dia mekar sebagai wanita yang tegas dan kuat. Kehidupan hitam yang melampau membuatkan dia ber personaliti sebegitu,”jelas Siti Saleha tentang filem kedua yang diangkat daripada novel Zombijaya karya Adib Zaini.


sumber : http://joey39.net/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved