Ana Dahlia serah pada takdir

[x]

Ana Dahlia serah pada takdir

on Tuesday 30 July 2013

KEHIDUPAN harian pelakon Ana Dahlia tetap berjalan lancar biarpun sekarang ini tanpa suami di sisi. Kesibukan berlakon membuatkan dia tiada masa untuk memikir soal mencari pengganti.

Ana yang berlakon sebagai Zafirah, wanita buta menerusi drama Cinta Yang Satu, arahan Along Kamaruddin itu berkata, dia tidak pernah serik untuk bertemu cinta baru selepas bercerai dengan Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan.Mereka hanya berkesempatan melayari hidup sebagai suami isteri selama 11 bulan dari tarikh pernikahan pada 31 Disember 2011.

"Biarpun sekarang ini saya hidup seorang diri tanpa suami tetapi saya tidak sempat nak merasa sunyi atau bersedih kerana sepanjang bulan Ramadan ini saya sibuk di lokasi drama.
"Alhamdulillah, rezeki saya tidak pernah putus. Drama lakonan saya Cinta Yang Satu sedang disiarkan di RTM 2, setiap Jumaat. Manakala drama Dia Tetap Ayah boleh diikuti di saluran Astro Pirma setiap Isnin hingga Khamis,"
jelasnya.

Disebabkan kesibukan di lokasi, Ana yang perlu menunggang motosikal untuk drama Mat Cepat, arahan Rashid Sibir itu berkata, dia lebih senang menyerahkan soal jodoh kepada Allah.
Tidak dinafikan, sejak berstatus janda ada beberapa lelaki yang cuba berkawan dengannya namun setakat ini pintu hatinya belum berjaya dibuka.

"Bukan saya terlampau memilih tetapi dalam soal ini saya perlu berhati-hati kerana sudah melalui pengalaman berumah tangga. Kalau boleh biarlah orang itu boleh menjaga dan membimbing saya.
"Pada saya, kalau Allah sudah kata si dia atau si polan itu jodoh saya dan bakal bernikah dalam waktu terdekat, saya terima dengan hati terbuka. Untuk saya meletak sasaran bila bakal menamatkan zaman keseorangan ini tidaklah.

"Biar keadaan menentukan. Bagi saya tumpuan pada kerjaya lebih penting sekarang ini kerana banyak perkara yang belum saya laksanakan. Lepas raya inipun sudah ada satu tawaran lakonan,"
katanya.

Bercerita mengenai lakonannya sebagai gadis buta dalam Cinta Yang Satu, Ana berkata, selama seminggu dia belajar di Pusat Latihan Orang Buta, Brickfield, Kuala Lumpur.

"Bila berlakon jadi buta, barulah saya tahu macam mana golongan tidak berupaya itu melalui kehidupan. Sekali gus membuatkan saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah.

"Untuk membawa watak Zafirah tidaklah semudah yang dijangka. Banyak yang perlu saya pelajari untuk menampakkan watak itu benar-benar hidup,"
katanya.

Ada sesetengah orang, bila bercerai dalam keadaan duka disebabkan sesuatu perkara, maka sebaik talak dilafaz tidak akan ada lagi silaturahim yang dijalin sebelum ini.

Berlainan pula halnya dengan Ana Dahlia bersama bekas keluarga mertua, Chef Wan serta ipar, Serina kerana hubungan mereka masih berterusan hingga kini.

"Sehingga sekarang saya masih berhubungan dengan papa (Chef Wan) yang sering bertanya khabar. Cuma untuk bulan puasa ini kami belum berkesempatan untuk berbuka bersama kerana kesibukan masing-masing.
"Lagipun hubungan anak dan papa mana boleh putus. Saya anggap papa seperti mana papa saya sendiri. Begitu juga dengan Serina, ramai yang ingat kami bermusuhan. Sebenarnya, hubungan kami tetap mesra seperti dulu,"
ceritanya.

Jelasnya, hubungan dengan Serina tetap mesra dan mereka saling berhubungan cuma sekarang ini bekas iparnya itu sibuk menguruskan perniagaan sendiri.
sumber : http://www.utusan.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved