Umie rindu kasih ayah

[x]

Umie rindu kasih ayah

on Tuesday 30 July 2013


Menyelami hati pelakon dan produser Datin Paduka Umie Aida.

Setiap kali tibanya Ramadan, aktres terkenal itu pasti teringat kenangan bersahur bersama Allahyarham ba­panya, Rahmad Ali Husin Ali yang sudah kembali ke rahmatullah kira-kira empat tahun lalu.

Bagi pemilik nama sebenar, Umie Khalsum Rahmad, 40, ini antara kenangan sahur yang sukar dilupakan ialah ketika dia mula belajar berpuasa pada usia tujuh tahun.

“Kami enam beradik sudah dididik oleh ibu dan arwah ayah supaya berpuasa sejak kecil lagi.

“Seperti adik-beradik lain, arwah ayah akan pastikan semua anak­nya bangun bersahur bersama-sama. Saya masih ingat lagi, mula-mula ibu yang kejutkan dan kalau saya liat nak bangun, arwah ayah pula kejutkan kami untuk bersahur.

“Namun, saya yang memang nakal selepas balik dari sekolah terus mandi dan curi-curi minum air tanpa pengetahuan ibu dan ayah.

“Jadi, saya hanya berpuasa separuh hari sajalah ketika itu. Selepas umur mencecah 10 tahun, barulah saya berpuasa penuh,” katanya.

Sampai sekarang, kata isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan ini lagi, kenangan manis bersahur bersama arwah bapanya masih bermain di ingatan sehingga kini.

“Arwah suka makan kari ayam dan dal ketika bersahur. Itu menu wajib arwah ayah ketika ber­sahur mung­kin kerana dia berdarah kacukan Melayu-Pakistan.

“Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Terus terang, saya sangat rindu saat-saat bersahur dengan arwah ayah dulu,” kata­nya.

Justeru, selepas berkahwin dan memiliki keluarga sendiri, Umie pastikan dua anak angkatnya, Mohd Daniel Firdaus, 18, dan Mohd Dzulhelmy, 17, belajar berpuasa sejak kecil lagi.

“Saya juga semaikan kepentingan berpuasa dan bersahur kepada anak-anak supaya tidak mengulangi perbuatan yang saya lakukan ketika kanak-kanak dulu,” katanya.
sumber ; http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved