Bangla Ugut Nak Perkosa Kalau Tak Nak Bagi Diskaun Harga Rokok

[x]

Bangla Ugut Nak Perkosa Kalau Tak Nak Bagi Diskaun Harga Rokok

on Wednesday 14 May 2014


Hanya kerana tidak mahu memberi diskaun harga rokok, seorang wanita berusia lewat 30-an yang juga peniaga kecil-kecilan di Desa Tasik Sungai Besi di sini, nyaris dirogol dua lelaki warga Bangladesh, kelmarin.

Difahamkan, kedua-dua lelaki warga bagladesh yang berumur lewat 30-an itu mengugut menculik mangsa sebelum dibawa ke rumah mereka di kawasan berhampiran untuk dirogol.

Lebih pelik lagi, tindakan kedua-dua lelaki berkenaan hanya disebabkan keengganan mangsa mengurangkan harga sekotak rokok sebanyak 30 sen.

Difahamkan, harga asal rokok Lussman yang diminta kedua-dua lelaki itu adalah RM2.80 sebungkus.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa yang berseorangan dikedai itu didatangi oleh dua lelaki warga Bangladesh terbabit sebelum mereka memesan dua kotak rokok.

Mangsa yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata, kedua-dua lelaki terbabit mula bertanyakan harga rokok itu.

Sebaik saya memberitahu, mereka meminta harga dikurangkan 30 sen. Saya menjelaskan kepada mereka harga tidak boleh dikurangkan.

Lagipun, jual rokok bukan sama macam di restoran, untungnya kecil saja.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki itu kemudian bertindak mengugut akan membawa mangsa ke rumah mereka berhampiran kawasan berkenaan dan akan melakukan perkara yang tidak diingini.

Saya yang tidak faham dan cuba mendapatkan penjelasan daripada mereka. Seorang daripada mereka kemudian mengugut akan merogol saya sekiranya enggan mengurangkan harga rokok itu.

Terkejut dengan kelakuan mereka, mangsa bertindak memarahi kedua-dua mereka, namun tidak diendahkan.

Mangsa yang kebingungan selain bimbang tentan keselamatan dirinya memaklumkan akan membuat laporan polis sekiranya mereka terus mengganggunya.

Bukan sahaja amaran mangsa tidak diendahkan, sebaliknya kedua-dua lelaki itu cuba menghampirinya.

Mangsa menjerit meminta pertolongan menyebabkan kedua-dua mereka melarikan diri tanpa membeli rokok itu sebaik beberapa orang awam di kawasan berkenaan datang untuk menghulurkan bantuan.

Mangsa membuat satu laporan di Balai Polis Sungai Besi di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, sehingga hari ini mangsa masih belum memulakan perniagaan kerana trauma dan bimbang kejadian sama berulang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis (IPD) Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
sumber: http://selak-atas-bawah.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved