Gadis Tendang, Belasah Peragut Hingga Lembik

[x]

Gadis Tendang, Belasah Peragut Hingga Lembik

on Wednesday 14 May 2014

 Gadis perkasa. Mungkin itulah gelaran layak diberikan terhadap seorang gadis berusia 21 tahun yang berani mengejar seorang peragut sebelum membelasah penjenayah lelaki terbabit hingga lembik di Taman Prima Gombak, semalam.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, gadis terbabit dikatakan sedang minum bersendirian di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian sementara menanti kehadiran rakannya.

“Mangsa bagaimanapun melepaskan tendangan terbang mengenai tubuh suspek yang ketika itu cuba menghidupkan enjin motosikal. Tendangan kuat itu menyebabkan suspek terjatuh ke atas jalan raya,” katanya.

Suspek yang berusia 27 tahun kemudiannya ditahan oleh orang ramai selepas cubaan meragutnya berjaya digagalkan si gadis semalam.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved