Inikah Punca Ahmad Said Minta Tangguh Pertukaran Jawatan Selepas Kenduri?

[x]

Inikah Punca Ahmad Said Minta Tangguh Pertukaran Jawatan Selepas Kenduri?

on Wednesday 14 May 2014


Seperti diketahui umum, Datuk Seri Ahmad Said tidak menolak antara punca beliau keluar dari Umno dan menjadi calon bebas selepas tidak lagi bergelar Menteri Besar Terengganu adalah ‘merajuk’ kerana pertukaran jawatan tidak dilakukan selepas majlis kenduri kahwin anaknya pada 17 Mei ini.

Selepas melihat kad undangan majlis perkahwinan itu yang sudah diedarkan, serba sedikit terjawablah persoalan mengapa hal ini begitu sensitif buat Ahmad Said.

Barangkali selain membayangkan bahawa beliau perlu berbual tentang kedudukan sebagai ‘bekas’ MB di majlis kelak, kad yang sudah diedarkan masih menggunakan alamat Kediaman Menteri Besar Terengganu.

Jadi Ahmad Said mungkin berasakan, ini akan menjadi satu perkara yang memalukan dirinya dan keluarga kelak.

Apa pun, sesetengah pihak pasti menyalahkan Ahmad Said kerana terlalu mengikut hati semata-mata hal peribadi hingga merisikokan harga yang terlalu besar untuk parti.
sumber: http://mynewshub.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved